Skip to main content

Zikirullah tunjang kekuatan Mukmin Oleh MOHD. ASHROF ZAKI YAAKOB

AL-QURAN merupakan kitab suci umat Islam yang menjadi rujukan utama dalam kehidupan seharian seorang Muslim. Segala saranan yang disebutkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran wajar dan wajib untuk bersama kita tekuni dan mengamalkannya dengan sepenuh hati. Antara saranan yang sering diulangi dalam al-Quran adalah suruhan sentiasa berzikir kepada Allah SWT dalam setiap keadaan. Pastinya banyak kelebihan yang bakal diperoleh oleh sesiapa yang sentiasa berzikir kepada-Nya kerana terdapat banyak rahsia dan kelebihan di sebalik amalan berzikir.

Tidak seperti ibadah-ibadah yang lain, amalan berzikir tidak terikat dengan apa-apa syarat dalam melaksanakannya. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan keadaan malah amat digalakkan untuk memperbanyakkannya. Zikir menjadi talian terus seorang hamba untuk mengadu, merayu dan berhubung terus kepada Tuhannya. Setiap mukmin yang sentiasa mengingati Allah maka pastilah Allah juga akan sentiasa mengingatinya.

Dari segi bahasa, zikir bermaksud sebut dan ingat manakala dalam sudut istilah yang difahami umum adalah sebutan yang berulang-ulang tentang nama-nama Allah dan juga sifat-sifat-Nya. Zikir yang biasa dilakukan secara umum oleh umat Islam merangkumi tasbih, tahmid, takbir, tahlil, membaca al-Quran dan sebagainya. Namun intipati kepada semua zikir-zikir tersebut adalah ingatan yang sebenar-benarnya kepada Allah SWT.
Perintah Allah SWT kepada orang-orang yang beriman supaya berzikir dengan banyak boleh dilihat di dalam firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya. (al-Ahzab: 41)

Maka daripada ayat ini, dapat difahami bahawa zikir boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu berzikir dengan sebutan (zikir lisan) dan juga berzikir dengan ingatan (zikir hati). Kedua-dua jenis zikir ini mampu mendekatkan diri seorang Mukmin kepada Tuhannya dengan sedekat-dekatnya.Di dalam sebuah hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, terdapat satu hadis yang menjelaskan berkaitan kedua-dua jenis zikir ini. Aku berdasarkan keyakinan hamba-Ku terhadap-Ku, dan Aku bersamanya sekiranya dia ingat kepada-Ku, sekiranya dia ingat kepada-Ku dalam hatinya (secara bersembunyi), Aku juga ingat kepadanya dalam diri-Ku (secara sembunyi/sir), dan sekiranya dia ingat kepada-Ku di kalangan manusia ( secara terang-terangan/ jahr), Aku juga ingat kepadanya di kalangan yang lebih mulia daripada mereka (para malaikat).

Amalan yang agung
Amalan berzikir kadang-kadang dilihat sebagai amalan yang ringan dan remeh namun hakikatnya ia merupakan antara amalan yang mulia dan agung. Kedudukan amalan berzikir sangat tinggi berbanding amalan-amalan lain yang disyariatkan di dalam Islam dan boleh dianggap sebagai amalan yang agung. Ketinggian dan keagungan amalan berzikir jelas di dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (al-Ankabut: 45)

Secara hakikatnya, zikir ialah ingatan yang tulus kepada Allah SWT dan juga segala makna-makna yang berkaitan dengan-Nya. Ia boleh dicapai melalui sebutan yang diungkapkan oleh mulut atau ingatan yang mendalam di dalam minda dan pemikiran. Tumpuan yang mendalam harus diberikan ketika berzikir agar matlamat berzikir iaitu mendekati Allah SWT dapat dicapai. Firman Allah di dalam surah bermaksud: Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadanya dengan sebulat-bulat tumpuan. (al-Muzammil: 8)

Maka dengan tumpuan yang mendalam dan zikir yang berterusan ini akan mampu menghasilkan mukmin yang terbaik serta mempunyai kekuatan fizikal dan mental. Mereka adalah golongan yang sentiasa menjadikan Allah SWT sebagai teman di dalam hati sepanjang masa dan dalam semua keadaan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (ali-Imran: 191)

Dalam keadaan dunia yang penuh dengan rintangan, cabaran dan dugaan, maka perlu bagi setiap orang Islam berusaha mempertahankan diri daripada hanyut di dalam arus dunia yang sentiasa mengajak manusia ke arah kebinasaan. Setiap orang Islam harus memiliki hati yang kuat yang mampu menahan segala cabaran yang mendatang dan pada masa yang sama membantu umat Islam yang lain daripada terpesong daripada landasan agama Islam yang benar. Maka zikir berperanan besar dalam membantu manusia dalam memiliki hati yang kukuh imannya, kuat menghadapi arus deras dunia dan mampu membimbing diri sendiri dan juga orang lain agar kembali kepada Allah SWT.

Popular posts from this blog

Claim your Shopee Voucher in March 2019

Are you eyeing for that Special Edition Cloth Diaper?
Here's your chance to save.
Claim your Shopee voucher& spend it on our Shopee Store

https://shopee.com.my/sentuhanbayu.biz


Prenatal Massage Service by BayuMassage.com

Pregnancy Massage Ads
🌷WHY DO YOU NEED PREGNANCY MASSAGE🌷
Pregnancy Massage provides relief from : 🌹 BackPain 🌹 Achy feet 🌹 Joint Pain 🌹Anxiety & Depression
WHY GET A MASSAGE FROM ME ✅Professional Certified Prenatal Massage Therapist ✅Using only safe oils for expecting Mom. ✅Consult & guide you on how to ease your discomfort during your pregnancy. ✅Feel like a Spa at home with comforting , relaxing music and scents. ✅ Equiped to massage you for postnatal treatment
🌷KENAPA ANDA PERLUKAN URUTAN KETIKA HAMIL🌷 Urutan prenatal dapat membantu mengurangkan: 🌹 Sakit2 belakang 🌹 Sakit Kaki  🌹 Sakit sendi 🌹 Kebimbangan & kemurungan


—————————————-
🌸Book for Prenatal Massage http://bayumassage.wasap.my/
🧕Massage Therapist - Puan LilyAzlan.
Since my home is in Kota Damansara and massage will be done at your home, I’m serving the nearby townships only and the following area Mutiara Damansara, Bandar Utama, Tropicana, Ara Damansara, TTDI, Kelana Jaya, Subang Bestari, Rahman Putra and most PJ area…

Reject cloth diaper - R020

💥Rejects , Bumgenius 4.0 One Size Diaper with Insert RM45💥
For better viewing & detail photos of the insides of the diaper at our Instagram here: https://www.instagram.com/sentuhanbayu/
Or Simply subscribe to our Telegram Channel https://t.me/BayuClothDiaperClub
Normal Price - RM89 ✅We have 1 unit of an old stock of Imported US Bumgenius 4.0 One Size Diaper with insert. Fit 3 to 15kg Baby
✅This item is an old stock only & never been used. Packaging stains only. Its PUL is not cracked as seen in the photos. Stitchings & elastics are still in good conditions. No stains & discoloration.
❎Reject items are not covered with warranty, non returnable & non exchangable. And definitely NOT for fussy buyers. 
✅ Pls quote the Reject Code number for purchase
🚚Shipping is RM8 for WM, RM10 for EM. You may combine ship with other REJECTS items & we’ll charge shipping only once.
📞PM or WhatsApp 0122010911 to purchase. First come first served basis. Thanks😊
#clothdiaperrejects #clothdi…