Skip to main content

Fungsi Skim Perbankan Islam

Artikel dari Utusan yang saya baru terbaca mengenai Skim perbankan islam.


Oleh Mohd. Radzi Mohd. Zin
Islam amat menekankan kepada usaha memantapkan kedudukan ekonomi umatnya. Ini berdasarkan dua daripada rukun Islam memberi tumpuan kepada pemilikan harta iaitu kewajipan berzakat dan juga menunaikan haji.Pada masa yang sama, Islam memberi panduan bahawa dalam mencapai matlamat tersebut pelbagai aspek dan keperluan manusia perlu dirancang dan diurus agar sebuah peradaban dapat dibina melalui pendekatan sosial.Agama Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana termaktub dalam perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia seharusnya memberi 'kekuatan' kepada institusi kewangan Islam negara mencapai status negara maju yang bersifat syumul.


Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hasan berkata, Sistem Kewangan Islam (SKI) tidak boleh berperanan seperti perbankan konvensional yang mendapat keuntungan melalui aktiviti pinjaman (dalam amalan bank Islam adalah pembiayaan).Sebaliknya, ia perlu berusaha menarik jumlah pendeposit dan menyalur dana terkumpul untuk membiayai
kemajuan ummah.

"Perbankan Islam patut berperanan secara berkesan memberi
tumpuan kepada usaha menggembling dana daripada sektor lebihan untuk disalurkan kepada sektor yang memerlukan dana."Ia bagi mencetus peluang ekonomi yang lebih besar, relevan dan mampu melibatkan semua tenaga buruh khususnya tenaga buruh Muslim," katanya. Beliau berkata demikian dalam kertas kerjanya Peranan Perbankan Islam Dalam Memperkasa Ekonomi Ummah di IKIM, baru-baru ini.Ia dibentangkan pada Seminar Kesan Sistem Kewangan Islam di Malaysia Terhadap Kekuatan Ekonomi Ummah: Satu Penilaian.Seminar dua hari pada 6 dan 7 Disember 2011 itu dirasmikan oleh Pengerusi IKIM, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan disertai oleh kira-kira 120 peserta dari seluruh negara.
Sebanyak 12 kertas kerja dibentangkan dalam lima sesi dengan tema asas antaranya Maqasid Syariah (Matlamat Syariah), Penyertaan Ummah Dalam Sektor Teknologi Tinggi dan Kesan Kewangan Islam, Ke Atas Kekuasaan Ekonomi Ummah dan Hala Tuju Baru. Dengan penggubalan Akta Bank Islam 1983, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) ditubuhkan pada Julai 1983 sebagai bank Islam pertama di Malaysia dan
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
Objektif utama penubuhannya adalah berusaha menjalankan operasi sebagai bank perdagangan berlandaskan hukum syarak dan menyediakan kemudahan kepada semua rakyat negara ini. Seperti bank-bank lain, Bank Negara Malaysia (BNM) diberi kuasa di bawah Akta Bank Islam untuk mengawal selia bank Islam.
Sepanjang tiga dekad evolusi sistem kewangan Islam (SKI) di tanah air, ia membangun dengan jaya dan mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Antara institusi perbankan Islam yang lahir daripada evolusi itu antaranya adalah Bank Islam pada Julai 1983 diikuti oleh Bank Muamalat pada 1 Oktober 1999.
Mutakhir, kebanyakan bank konvensional turut menawarkan perkhidmatan Skim Perbankan Islam (SPI) kepada pelanggan masing-masing.Bagaimanapun, di sebalik pencapaian yang membanggakan, timbul persoalan sejauh mana SKI berjaya membangunkan ummah di Malaysia.Nik Mustapha berkata, Islam memberi tumpuan kepada pelaksanaan pencapaian kemajuan masyarakat melalui strategi keadilan sosial.
Pendekatan keadilan sosial katanya, dapat difahami sebagai suasana pemerintah dapat menyedia keperluan hak asasi melalui pencapaian termasuk menjamin semua rakyat bebas dan berpeluang menyertai kegiatan ekonomi."Justeru, sumber harta negara khususnya harta modal perlu sentiasa mengalir dalam ekonomi untuk mencetus peluang ekonomi kepada semua lapisan rakyat. Inilah peranan utama perbankan Islam," tegasnya.


Menurut Nik Mustapha, dalam usaha membangun instrumen perbankan
Islam, pihak yang terlibat perlu memahami sistem kewangan negara dan
dunia. Katanya, ulama juga tidak boleh hanya bergantung kepada kitab-kitab
lama kerana ia hanya sebagai rujukan bukannya muktamad."Dengan demikian,
barulah ijtihad yang dibuat menepati roh syariah yang sebenar yang membolehkan
kekuatan ekonomi umat Islam tercapai dalam percaturan ekonomi dalam negara dan dunia semasa," kata beliau.


Seorang lagi pembentang kertas kerja, Prof. Dr. Saiful Azhar Rosly berkata, SKI Islam mesti mematuhi syariah bukannya mematuhi maqasid syariah.
Bagaimanapun, sepatutnya diandaikan semua peraturan Islam
atau syariah itu berupaya memenuhi matlamatnya (maqasid).
"Tetapi oleh kerana
terdapat kekangan-kekangan dalam sistem kewangan konvensional di mana SKI
beroperasi, maqasid syariah rumit untuk dicapai," katanya yang juga Ketua
Jabatan Perbankan Islam, Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam
(Inceif).
Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja Adakah
Sistem Kewangan Islam Kini Bertepatan Dengan Maqasid Syariah.
Menurut Dr.
Saiful untuk memenuhi maqasid syariah, perbankan Islam perlu membeli aset
daripada pemilik (pemaju, preowner) dan menjual secara kredit kepada pengguna.
Katanya, ini Bai' Bithamin Ajil (BBA) tulen dan merujuk kepada produk
pembiayaan perumahan.
"Buat masa ini bank-bank Islam tidak memilih opsyen
ini dan mengambil opsyen bay al-inah.
"BBA tulen memerlukan bank mengambil
risiko yang lebih tinggi daripada bay al-inah," katanya.
Risiko ini
melibatkan peruntukan modal bank yang lebih tinggi bagi menampung kemudahan BBA
tulen, bayaran cukai setem atas pembelian aset daripada pemaju dan risiko aset
apabila bank terpaksa memegang aset sebelum penjualan kepada pengguna.
Menurut Dr. Rosli, dalam bay al-inah, bank-bank Islam tidak menghadapi
kekangan-kekangan di atas kerana bank tidak membeli aset daripada
pemaju.
Sebaliknya, pengguna membeli aset dari pemaju dan pengguna penjual
aset kepada bank dengan syarat pengguna membeli aset itu semula dengan harga
kredit yang lebih tinggi.
"Di sini tidak berlaku pemindahan hak milik dari
pengguna kepada bank dan selanjutnya.
"Sebab itulah bay al inah ini menyamai
pinjaman (loan) tetapi bukan seperti pinjaman (loan)," jelas beliau.

Popular posts from this blog

Horror at my daughter's kindie - part 1 : The Roslan Incident

I'm extremely disappointed by the experience i went thru today with the Genius Aulad Kota Damansara transport service provider. I have the impression that they are the best all this while & boy i was wrong. I was shocked that the complaint of level of service they've provided me, I'm being dismissed as disrespectful & was told that the are much happier for not having me as a customer. MasyaAllah. Makes me wonder who is the customer here. No word of apology from them & they actually threatened my daughters nursery teacher. Oh dear, what have i got myself into.
            Thankfully, GA Center Manager apologize of what had happened. I'd like her to be aware of what kind of service that Encik Roslan has given me when he is under stress.


Let's see what i went thru today, shall we?

1. Its 12 pm. First Mr A called & said he's already at my house to pick my daughter up in which i responded that the have to pick her at her nursery (which is 5 mins awa…

List of Government Hospital in Kuala Lumpur

Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang
50586 Kuala Lumpur
Tel: 03-2615-5555
Fax: 03-2691-1681
http://www.hkl.gov.my/

Bayu Cloth Diaper Club

All are invited to join our new group. This group will be our channel for PreOrders & Auction cloth diapers & any baby products under SentuhanBayu.

Simply send a request thru facebook:
https://www.facebook.com/groups/547541312288904/

or
WhatsApp us @ 0122010911