Friday, November 25, 2011

Alamak! Cloth Diaper ni cepat betul la hancing

Salam Jumaat untuk Ibu-Ibu semua.
OK, kali ni saya nak bercerita sikit pasal CD hancing. Ini antara masalah yang sering terjadik. Dan pada yang baru berkecimpung menCDkan anak, akan mula rasa ragu-ragu nak teruskan berCD. Al maklumlah, yang ngutuk kat keliling tu ramai kan?

Tapi, jangan risau & pening kepala. CD cepat hancing tu terjadik sebab dah ada detergent build up. Selalu cepat terjadik pada yang guna microfibre insert. Kenapa ya? Sebab microfibre insert ni fiber sintetik, bukannya organik macam kapas, hemp etc.

Jadi next soalan - "Selama ni pakai tak hancing pun?? Lately ni pulak hancing betul!!"
Pertama sekali kita tengok routine cucian kita. Ada kita ubah apa-apa tak? Ada cuba-cuba sabun lain? Nak cepat cuci, jadik guna Speedy Mode?
Dari situ kita boleh identify mana problemnya kan? Selalunya ada benda yang kita buat, yang boleh cepatkan process detergent build up tu.

Pengalaman saya dulu, 1st encounter lah ni hehehe sebab gatal-gatal experiment cuci guna sabun breeze liquid. Hmmm.... elok kena kencing je ada bau pelik keluar dari CD tu. Ishhh... jijik tul bau dia, tak leh nak cakap... so tukar le balik guna Pureen HAD. Hah... baru aman.
2nd encounter, lepas setahun guna. Ada keluar hancing yg kuat tapi tak sepelik bau masa pakai sabun breeze dulu. So saya pun mulaka routine stripwash saya yang sempoi. Guna Sunlight jer, letak satu sudu.

Lastly, tips kalau cuci guna WM, just tambahkan lagi satu round bilasan. Bila bilas lebih, susah detergent tu nak build up kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails