Tuesday, August 16, 2011

Soalan Mengenai Stripwash

Article is not in english

Kali ni saya nak sentuh tentang stripwash. Bagi orang yg baru berkecimpung dalam CDing anak, ini adalah antara topik yang memeningkan kepala. Tapi sebenarnya tak lah sekompleks mana. Cuma pahamkan saja penjagaan sesetengah fabrik.

1) Stripwash tu apa? Kenapa nak buat? Lecehla nak buat stripwash.
Sebenarnya, cloth diapering ni tak sesusah mana. Nak stripwash pun begitu juga. Ada pelbagai cara. Tapi sebelum tu, mari kita pahamkan dulu kenapa nak kena stripwash ni. Stripwash ni sebenarnya untuk buang baki2 sabun atau pelembut kain yang terlekat pada fabrik. Bila CD dah lama di guna, katalah dalam 6 bulan mcm tu, baki2 sabun etc tu makin banyak kan? Jadi kadar serapan makin kurang ( mostly tak perasan pun).Tapi yang paling tak tahan sebenarnya, CD akan cepat berbau bila dah kena kencing.  Kalau microfleece liner atau suedecloth pulak, air lambat tembus ke arah penyerap / insert so air kencing melimpah keluar dr CD. Masalah juga kan?
So apa nak buat? Ada banyak cara nak hilangkan build up sabun. Google saja berlambak dah boleh dapat cara atau sabun apa nak guna.

Ni saya share cara murah & malas saya ;-) ..... Saya guna pencuci pinggan Sunlight atau Glo (sbb ni jer 2 pencuci pinggan yg kulit saya tahan). Saya tak cuci guna tangan pun. Memang saya serahkan 100% pada washing machine. Untuk full load, saya masukkan dalam 1 sudu pencuci pinggan, pastu tekan 'Wash', pastu tinggal. Dah bunyi teet teet teet (dgn kata lain dah habis cuci), baru tengok ^_^. Tengok apa? tengok ler kalau masih berbuih ke tak..... itu jer. Kalau masih berbuih, bilas lagi sekali..... yer guna washing machine jugak. Mudah saja.
        Lepas tu baru lah follow routine cucian macam biasa. Leceh ke? Tak kan.....


2) Alamak..... hubby cuci guna sabun Breeze la pulak. Nak kena stripwash tak?
Ni pun selalu gak soklan atau keluhan yg selalu saya dengar.
Hmmm jawapannya mudah je. Tak perlu. Pastikan dulu bilas CD tu dengan banyak air. Kenapa? Takut kalau2 ada baki2 sabun yang masih melekat kat fabrik tu. Baki2 sabun tu yang penting kena bilas sebab kalau bayi tak tahan, kulit boleh jadi merah atau naik ruam. Senang kata, takut kulit anak allergic.... tu je. Kalau anak tu jenis kulit tahan, tak menjadi masalah.

3) Apsal dah stripwash tapi tak putih pun?? Tak putik macam masa beli dulu.
Stripwash bukan berfungsi untuk memutihkan fabrik tapi untuk kembalikan balik kadar serapan .
Kalau nak maintain kain diapers putih melepak mcm sebelum pakai, senang jer...... Jgn pakaikan kat anak. Dapat CD cantek, terus masukkan dlm frame pastu gantung kat dinding.
Dalam berCD ni, fabric discolor mmg akan berlaku. Ye lah, kita buat kain tu utk serap kencing & tadah najis kan? So lower kan sket expectation tu..... so korang pun tak pening kepala, susah hati tak tentu pasal.


Cukuplah kut saya punyer rambling hari ni.
Selamat berpuasa
& Selamat BerCD.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails