Sebenarnya, banyak sebab kenapa semakin ramai ibu bapa yang beralih menggunakan lampin kain sekarang ni. Jawapan yang paling mudah, lampin kain jauh lebih menjimatkan, lebih selesa untuk bayi ( come on, ada tak antara korang yang suka pakai seluar dalam yang dibuat dari kertas atau plastik???) DAN pilihan yang lebih baik untuk bumi tercinta. Jawapan yang lebih kerap didengar dari ibu-ibu yang melampin anak dengan lampin kain - " Comel buntut anak ku!!", " Eehhhh Kiut nyer! Mama suka", "Ibu nak semua bright colors lah".
Ya, secara tak langsung melampin tidak lagi membosankan tetapi pengalaman yang menyeronokkan bagi si ibu. Setakat ni tak pernah lagi dengar komen yang sebegitu kalau pakai lampin pakai buang. (Org kita panggil Pampers)